Program Derma Darah Kg. Kubu Gajah

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2019 yang lalu, Pusat Internet PPR Seri Semarak dan beberapa Pusat Internet Wilayah Tengah telah bekerjasama dengan MPKK Kubu Gajah dalam menjayakan Program Derma Darah yang telah diadakan di perkarangan Masjid Jamiul Ehsan, Kg. Kubu Gajah, Selangor. Program ini telah berlangsung selama lebih kurang 7 jam bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

Penyertaan pusat internet dalam program ini bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan pusat internet serta fungsinya kepada penduduk setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah kuiz berkaitan advokasi, puzzle, typing race, word search, pengumpulan barang-barang e-sisa mudah alih dan juga kempen kesedaran MYTV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali